Renan Alves ‘Laku Keras’ Di Indonesia, Menjadi Rebutan Banyak Kelab Besar
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Bekas pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC, Renan Alves yang kini beraksi untuk Barito Putera dikhabarkan menjadi rebutan kelab-kelab di Indonesia selepas mempamerkan aksi berkualiti di Liga Indonesia.

Renan mengakui akan kehangatan pasaran perpindahan yang mengaitkan beliau berhijrah ke kelab-kelab besar Indonesia. Namun begitu, Renan akui tidak mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang serius dan menyerahkan segalanya kepada agen beliau, Antonio Teles.

“Memang kita tahu khabar angin berkenaan pasaran perpindahan itu, tapi saya tidak mahu memikirkan apa yang berlaku di luar padang,” kata Renan Alves lagi.

Advertisements

“Saya sudah mempunyai wakil untuk menyelesaikan segala permasalahan dan telah memberikan sokongan luar biasa. Saya serahkan semuanya kepada Antonio Teles (agen Renan).

Renan kini berada di Brazil untuk bersama keluarganya di sana dan bertindak untuk tidak memikirkan mengenai bola sepak buat masa ini.

“Sekarang saya hanya mahu bersama keluarga saya, dengan orang tersayang, ibu, datuk dan nenek saya, dan adik-beradik saya,” kata Renan kepada media.

Advertisements

Untuk rekod, Renan menyertai Barito Putera pada pertengahan musim Liga Indonesia. Beliau diangkat sebagai wira pasukan selepas mempamerkan aksi berkualiti bersama pasukannya dan lebih manis lagi beliau merupakan tonggak utama pasukan yang menyelamatkan pasukannya dari turun liga.

Walaupun masuk pada pertengahan musim, Renan Alves berjaya tampil sebanyak 14 kali dan berjaya meledak 4 gol bersama Barito Putera. Untuk seorang pemain pertahanan tengah dan mampu menjaringkan gol-gol penting, pasti ianya merupakan satu bonus tambahan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram