Advertisements
Respon Arif Aiman Selepas Memukau Di Pentas Asia
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi memberikan respon positif selepas dirinya berjaya menampilkan aksi memukau di pentas AFC Champions League Elite (ACLE).

Arif yang meledak tiga jaringan buat JDT dalam dua aksi awal ACLE merasakan dirinya kini mahu menikmati setiap perlawanan yang dilalui dan sentiasa bekerja keras.

“Setiap perlawanan adalah penting, sama ada perlawanan domestik mahupun antarabangsa. Saya sentiasa membuat persiapan buat diri sendiri kerana saya mahu menikmati setiap momen.

“Saya masih muda jadi semuanya bergantung kepada saya untuk bekerja keras. Bukan satu tugas mudah untuk bersaing dengan pasukan terbaik Asia,” jelas Arif seperti yang dilaporkan ESPN Asia di laman X.

Arif yang baru berusia 21 tahun telah meledak tiga jaringan dalam dua perlawanan awal ACLE. Dua gol yang dijaringkan Arif telah tercipta pada perlawanan pertama menentang Shanghai Port di mana menyaksikan perlawanan berakhir 2-2.

Satu lagi jaringan Arif dihasilkan pada perlawanan kedua ACLE menentang Shanghai Shenhua yang berakhir dengan keputusan 3-0 memihak JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Bisa Arif dijangka akan terus ditagih pengendali JDT, Hector Bidoglio pada perlawanan ACLE seterusnya iaitu dengan bertemu kelab Korea Selatan, Gwangju FC pada 22 Oktober depan di gelanggang lawan.