Ads
Harimau Malaya
Go Ahead Eagles

Kapten Go Ahead Eagles, Mats Deijl memberi respons yang kecewa setelah impian untuk menyarung jersi Malaysia tidak kesampaian.

Advertisements

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran telah memaklumkan bahawa Deijl tidak layak untuk mewakili negara atas faktor tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan FIFA.

Advertisements

“Pemain berusia 27 tahun itu didapati hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang beliau dan bukannya melalui datuk atau nenek sepertimana yang ditetapkan dalam syarat FIFA,” ujar FAM.

Advertisements
Advertisements

FAM juga menghantar surat kepada FIFA bagi mendapatkan pandangan lanjut mengenai status Deijl namun badan induk bola sepak dunia itu mengesahkan pemain warisan itu tidak dapat mewakili Harimau Malaya.

Dengan berita ini, Deijl yang dimaklumkan melalui panggilan telefon jelas meluahkan kekecewaannya kerana tidak dapat beraksi buat Malaysia dan berharap di masa akan datang sesuatu akan berlaku.

Advertisements

Kekecewaan Deijl ini dikongsikan oleh laman pencari bakat, Frfuturetalents melalui Instastory yang berhubung secara langsung di direct message bersama tonggak Go Ahead Eagles tersebut.

“Saya baru mendapat panggilan, sungguh mengecewakan. Semoga pada masa akan datang sesuatu akan menjadi mungkin tetapi buat masa ini tidak,” mesej Deijl kepada pihak Frfuturetalents.

Mats Deijl Futuretalent Respon Mats Deijl Selepas Tidak Boleh Beraksi Buat Malaysia
IG Story: FrFutureTalents
Advertisements

Selain Deijl, beberapa pemain warisan lain sedang dipantau oleh pihak FAM dan antara nama yang besar seperti kapten dan penyerang Burnley, Josh Brownhill dan Zian Flemming.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram