Respon Tunku Ismail Jadi Tanda Tanya, Syahmi Safari Bakal Tinggalkan Selangor?
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Dalam satu hantaran di Instagram Malayantiger.Co, Tunku Ismail Idris telah tampil dan memberi bayangan berkaitan status semasa pertahanan muda negara, Syahmi Safari.

Tunku Ismail telah meninggalkan satu komen panas seolah-olah menyatakan bahawa kapten Selangor FC ini bakal meninggalkan pasukannya itu pada musim hadapan.

Pertahanan yang berusia 23 tahun itu sebelum ini telah dipertanggungjawabkan sebagai kapten pasukan Selangor FC setelah kecederaan yang menimpa Brendan Gan. Komen Tunku Ismail itu sekaligus menjadi tanda tanya peminat bola sepak ketika ini.

Advertisements

Jika diteliti komen Tunku Ismail tersebut, top scorer yang dimaksudkan itu jelas berkait dengan Ifedayo yang kini dikaitkan ke Melaka United. Frasa “captain keluar” itulah yang menjadi bualan ramai apabila ada yang mengandaikan bahawa Syahmi akan berhijrah ke pasukan lain.

Desas desus ini turut hangat diperkatakan peminat bola sepak di Twitter sejurus kembalinya Quentin Cheng ke dalam Red Giants. Ada yang menganggap bahawa Quentin adalah pengganti bagi mengisi kekosongan posisi yang bakal ditinggalkan Syahmi.

Tidak ketinggalan, ada juga dalam kalangan penyokong Selangor FC yang membuat ciapan “Goodluck SS20”.

Advertisements

Syahmi bagaimanapun pada September lalu telah mencapai penampilannya yang ke-100 bersama kelab. Persembahan memukau Syahmi sepanjang musim ini berjaya meletakkan Selangor FC dikedudukan kelima dalam carta Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram