Pemilik kelab Bola Sepak Kelantan (TRW Kelantan), Norizam Tukiman mengumumkan bekas pemain kebangsaan, Rezal Zambery Yahya sebagai pembantu jurulatih yang baharu bagi musim 2023.
Zamsaham dilihat akan terus memberi kepercayaan kepada Rezal selepas prestasi luar biasa yang dipamerkannya ketika menjadi ketua jurulatih Kelantan musim lepas.
Jurulatih berusia 44 tahun ini membuktikan kredibilitnya apabila berjaya membawa The Red Warriors ke peringkat suku akhir Piala Malaysia dan menjadi naib juara dalam saingan Liga Perdana 2022.
Dalam pada itu, Zamsaham turut menyatakan bahawa ketua jurulatih baharu akan diumumkan tidak lama lagi kerana ianya kini berada dalam proses terakhir seperti yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya.
Untuk rekod, Rezal Zambery pernah memikul jawatan sebagai pembantu jurulatih Kelantan pada tahun 2021 membantu jurulatih Marco Ragini.