Rezal Zambery Pastikan Kelantan United Gegarkan Jepun
Asia
Kelantan United
Advertisements

Selepas dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Akar Umbi bagi kelab Kelantan United, kini Rezal Zambery Yahya menggalas tugasan yang berbeza iaitu membimbing skuad bawah 16 tahun Kelantan United.

Baru-baru ini, Kelantan United telah menghantar pasukan bawah 16 tahun mereka ke Jepun bagi menyertai Kejohanan Antarabangsa Kasaoka Bawah 16. Antara akademi yang turut menyertai kejohanan tersebut adalah Arcobaleno FC, Jollity Kasaoka dan Fagiano Okayama.

Pada aksi pertama, Kelantan United berjaya memenangi aksi menentang Arcobaleno FC dengan keputusan 4-1 sekali gus melayakkan mereka ke pentas final bertemu Fagiano Okayama.

Advertisements

Pada aksi final, Kelantan United terpaksa akur dengan kekalahan kepada Fagaiano Okayama walaupun pada satu ketika mendahului perlawanan namun mereka gagal mengekalkan kelebihan tersbebut sebelum tewas 2-3. Dengan kekalahan yang dialami itu, Kelantan United B-16 dinobatkan sebagai naib juara.

“Skuad Akademi Kelantan United FC B-16 terpaksa akur dengan kehebatan Fagiano Okayama pada aksi akhir U16 Kasaoka International Friendly Tournament.

“Walau mendahului akademi kelab J2 League tersebut pada satu ketika tetapi pengalaman lawan mengatasi segala-galanya untuk tewas 2-3 di Stadium Kasaoka City,” coret Kelantan United di laman Facebook rasmi kelab.

Advertisements

Untuk rekod, Rezal Zambery menyertai Kelantan United pada 13 July lalu selepas seminggu meninggalkan bekas pasukannya iaitu Kelantan FC. Antara kejayaan yang pernah diraih Rezal dalam bidang kejurulatihan adalah membawa Kelantan FC menjadi naib juara Liga Premier bagi musim 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram