Zamsaham Perjelas Isu Bawa Masuk Pemain Tanpa Ketua Jurulatih
Dunia
Zamsaham
Advertisements

Walaupun sepak mula Liga Malaysia 2023 hanya akan bermula Februari tahun hadapan, namun banyak pasukan yang sedang rancak membawa masuk pemain baharu bagi menguatkan pasukan dalam menghadpi liga musim hadapan.

Pasukan Kelantan FC juga tidak ketinggalan apabila mereka kini dikhabarkan giat membentuk skuad terbaik dengan baru-baru ini pemilik kelab, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham mendedahkan bahawa beberapa pemain baharu sudah menandatangani surat tawaran untuk mneyarung jersi ‘The Red Warriors’ musim hadapan.

Tindakan Zamsaham membawa masuk pemain-pemain baharu tanpa ketua jurulatih menimbulkan tanda tanya kepada segelintir penyokong Kelantan. Zamsaham jelas sekali punyai jawapan sendiri mengapa beliau bertindak membawa masuk pemain baharu walaupun Kelantan kini tanpa ketua jurulatih.

Advertisements

“Sama ada pemain masuk dulu atau jurulatih masuk dulu bukan suatu isu besar, kelab sudah ada pengurusan bagi memilih mana yang sesuai.

“Kelab ada bekas ketua jurulatih, Rezal Zambery yang saya jadikan penolong jurulatih musim depan, ada pengarah teknikal. Ini maksudnya kelab sudah berjalan dan beroperasi.

Advertisements

“Penyokong kena faham, ketua jurulatih ni datang dan pergi, kena faham juga yang mereka bertanggungjawab mencorakkan permainan berdasarkan permintaan pemilik dan pengurusan kelab. Jadi, tidak semestinya ketua jurulatih kena masuk dan bawa pemain-pemain dia. Kelab pilih siapa pun menyandang jawatan itu, dia kena mencorakkan mengikut kepakarannya

“Saya ingin tekankan jurulatih yang kita ambil nanti, dia perlu menyesuaikan diri dengan kelab dan bukan sebaliknya,” kata Zamsaham seperti yang dilaporkan Majoriti.

Advertisements

Untuk rekod, musim lalu Kelantan FC dikendalikan oleh Rezal Zambery Yahya dan menjadi naib juara Liga Premier. Namun musim depan Rezal akan diturunkan pangkat menjadi penolong jurulatih dengan ketua jurulatih baharu difahamkan akan diumumkan tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram