Ads
Rezal Zambery Puji Semangat Juang Kelantan Darul Naim
Liga Super
Kelantan Darul Naim

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya memuji semangat juang pasukan itu dalam perlawanan pertama Liga Super menentang Sri Pahang FC semalam.

Advertisements

Meskipun dianggap pasukan kerdil dalam saingan liga musim ini, Kelantan memberi saingan sengit kepada Tok Gajah sepanjang perlawanan.

Advertisements

Kesungguhan semua pemain terutama penjaga gol, Khatul Anuar Jalil, Michal Jerabek dan kapten, Oday Kharoub kerap menghampakan barisan serangan Sri Pahang.

Advertisements
Advertisements

Hanya gol menerusi sepakan percuma cantik Manuel Hidalgo pada minit ke-64 yang menjadi pemisah kedua-dua pasukan sehingga tamat perlawanan.

Rezal menyifatkan semua pemain telah memberi yang terbaik dalam perlawanan semalam. Pada masa sama, beliau berharap gol tersebut akan mendorong para pemain untuk mengurangkan kesilapan selepas ini.

Advertisements

“Ya, bagi kita, saya berpuas hati dengan tahap persembahan semua pemain. Kita tahu (Sri) Pahang memiliki reputasi yang lebih baik tetapi semangat juang para pemain juga kita harus puji.

“Kalau dilihat pun, gol (Hidalgo) disebabkan sepakan percuma kan. Tapi pada saya, itu gol yang bagus dan kita perlu belajar mengurangkan kesilapan di sini bila ada serangan balas.

“Jadi, kita kena banyak bersabar, pemain-pemain sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Cuma kita kena perbaiki kesilapan dan tingkatkan persembahan bila berdepan Sabah nanti,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan yang berlangsung semalam.

Advertisements

Selepas ini, skuad Kijang Emas bakal melayan kunjungan Sabah FC untuk aksi kedua liga di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 17 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram