Pemain pertahanan muda Malaysia, Richard Chin terus menunjukkan prestasi mantap bersama Bath City.
Baru-baru ini, Richard membantu The Romans mengalahkan St. Albans City 3-1 dalam aksi terbaru Liga Kebangsaan Selatan Vanarama (VNLS) baru-baru ini.
Lebih manis, beliau turut menyumbat gol kedua pasukan itu pada minit ke-63. Gol tersebut terhasil apabila penjaga gol St. Albans, Michael Johnson tersilap menyepak bola.
Kelalaian Johnson membuka ruang kepada Richard mengejar dan merampas bola daripadanya sebelum menolak bola masuk ke dalam gawang.
Ini gol keempat beliau dalam VNLS musim 2023-2024 selepas menyumbat tiga gol bersama Dartford sebelum ini mengikut data Transfermarkt.
Ramai penyokong bola sepak negara teruja dengan berita ini dan mengucapkan tahniah kepada Richard untuk gol pertamanya bersama Bath City.
Perkembangan ini juga dijangka menggembirakan jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Juan Torres Garrido terutama menjelang Piala Asia B-23 yang berlangsung pada April ini.
Selepas ini, The Romans bakal turun menentang Truro City untuk aksi terbaru VNLS pada 21 Februari ini.