Richard Chin Rangkul Trofi Sulung Di Scotland
MakanBola
Raith Rovers FC

Pemain sayap Harimau Malaya, Richard Chin akhirnya meraih trofi pertama beliau dalam kariernya di bumi Scotland.

Ini selepas kelabnya, Raith Rovers muncul juara Scottish Challenge Cup dengan mengalahkan Inverness Caledonian Thistle di pentas final.

Penyerang tinggi lampai, Innes Cameron membuka tirai jaringan buat The Rovers pada minit ke-29. Alfie Stewart menyamakan kedudukan buat Inverness lapan minit selepas itu.

Selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga rehat, Cameron kembali meletakkan The Rovers di hadapan pada minit ke-55.

Dylan Easton memastikan kemenangan selesa Raith Rovers dengan meledakkan dua gol pada minit ke-60 dan 69.

Richard masuk sebagai pemain gantian seminit selepas itu. Bekas pemain Charlton Athletic itu membantu mempertahankan kelebihan The Rovers sehingga wisel penamat.

Kejayaan ini menyaksikan The Rovers mengakhiri kemarau kejuaraan mereka sejak tahun 2022. Ini juga trofi pertama Dougie Imrie bersama Raith Rovers sejak memimpin pasukan itu pada November lalu.

Claim Money Packet TnG