Bekas pemain pertahanan Kelantan dan Selangor, Rizal Fahmi Rosid yakin Syafiq Ahmad akan kembali menemui sentuhan berbisa bersama Kedah Darul Aman.
Syafiq Ahmad menjaringkan gol pertamanya musim ini dalam aksi menentang PDRM dan beliau hanya memerlukan 30 saat untuk membolosi gawang gol lawan.
Rizal Fahmi mengakui kehadiran semula Syafiq Ahmad dalam liga Malaysia bakal memberikan impak positif setelah sekian lama negara ketandusan aksi penyerang tempatan.
“Kita tahu sudah lama kita tak ada penyerang tempatan yang berbisa, kita ketandusan pemain. Syafiq Ahmad berjaya menjaringkan gol sewaktu melawan PDRM dan InsyaAllah saya rasa dia akan lebih menyinar nanti dalam liga Malaysia.”
“Kita lihat kualiti pemain tempatan ada dan yang penting pemain luar negara dapat membantu pasukan. Dekat situ kita akan dapat lihat persaingan antara pasukan-pasukan Liga Super.” ujar Rizal Fahmi kepada pihak Astro Arena.
Syafiq Ahmad yang kembali secara pinjaman dari JDT kini menyarung jersi Kedah buat kali ketiga setelah beliau memulakan karier bola sepak bersama Kedah dan pernah pulang selaku pinjaman pada tahun 2021.
Selain Syafiq, Kedah turut membawa kembali Rizal Ghazali dalam usaha membentuk kesebelasan utama terbaik di bawah kendalian Nafuzi Zain.
Kedah seterusnya akan bertemu Selangor pada 18 Mei di Stadium Petaling Jaya bagi saingan Liga Super 2024/2025.