Rizal Ghazali Kebal Macam Kereta Kebal
Piala AFF
Getty Images / NurPhoto
Advertisements

Bekas pertahanan Kedah FC, Mohd Rizal Ghazali berjaya bantu skuad Harimau Malaya melakar kemenangan pertama hari ini. Pemain yang berusia 29 tahun ini diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengisi posisi pertahanan kanan.

Pemain kelahiran Kedah itu nyata memberikan impak yang besar dalam membantu jentera serangan skuad Harimau Malaya. Beliau menjadi duri dalam daging pasukan negara ketika merencanakan serangan terutamanya ketika membantu Malaysia meraih gol ketiga pada minit ke-78 permainan.

Pada masa yang sama, bekas pemain Kedah itu menunjukkan disiplin yang tinggi ketika mengawal jentera pertahanan. Beliau juga bertahan dengan baik walaupun beberapa kali menerima asakan hebat daripada penyerang pasukan Kemboja. 

Advertisements

Namun, pada minit ke-90 permainan, pasukan Kemboja berjaya memecah kebuntuan gol menerusi jaringan sepakan penalti. Kesilapan dari penjaga gol negara, Khairul Fahmi jelas menghukum pasukan Harimau Malaya untuk kekal tanpa bolos dalam perlawanan tersebut. 

Percaturan jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dengan meletakkan Rizal Ghazali di bahagian bek kanan telah membuahkan hasil dengan kesungguhan yang ditonjolkan beliau untuk membantu pasukan kebangsaan meraih tiga mata penting. 

Advertisements

Rata-rata penyokong memuji aksi yang ditampilkan oleh Rizal sepanjang 90 minit permainan. Beliau turut dikatakan pemain yang rajin di atas padang dan berjaya menggunakan kelebihan fizikalnya dalam membantu pasukan ketika menyerang mahupun bertahan. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram