Rizal Ghazali Letak Kedah No. 1
Transfer
MFL
Advertisements

Bek kanan kental, Rizal Ghazali sehingga hari ini masih menunggu tawaran rasmi daripada pasukan Kedah.

Selepas berbakti bersama pasukan Sabah selama dua musim, Rizal memilih untuk meninggalkan skuad The Rhinos itu dan berhasrat untuk berhijrah ke pasukan lain. Dalam aksi Piala AFC antara Sabah dan Macathur pada semalam, nama Rizal tidak lagi disenaraikan dalam pasukan kendalian Ong Kim Swee.

Timbul banyak khabar angin yang menyatakan bahawa Rizal berminat untuk kembali ke pangkuan kem Hijau Kuning bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini. Beliau bagaimanapun sehingga hari ini masih belum menandatangani kontrak bersama pasukan Kedah.

Advertisements

Pemain berusia 31 tahun itu ketika dihubungi Arena Metro berpendapat akan terus setia menunggu tawaran daripada pasukan Kedah. Beliau sememangnya ingin kembali berbakti di kelab lamanya itu selepas sebelum ini menabur bakti hampir tujuh tahun disana.

“Duduk Kedahlah, orang tua pun tak sihat dah. La tunggu tawaran Kedah dulu. Sekarang semua masih diam lagi. Liga pun lambat mula, banyak pasukan yang ‘hold’ dulu,” ujar Rizal kepada Arena Metro.

Untuk rekod, Rizal telah membuat sebanyak 27 penampilan dalam saingan Liga Malaysia bersama Sabah musim lalu. Beliau menjadi aset penting ketika membantu Sabah layak ke pusingan kalah mati kempen Piala AFC 2023.

Advertisements

Ketika ini, Rizal juga masih meneliti risikan daripada beberapa pasukan Liga Super yang menyatakan minat dengan khidmatnya. Saingan Liga Super Malaysia untuk musim 2024/2025 dijangka akan bermula pada bulan Mei kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram