Rizal Ghazali Perlu Tinggalkan Sabah Kerana Orang Tuanya
Transfer
Sabah FC
Advertisements

Pertahanan kanan Sabah FC, Rizal Ghazali sebelum ini dikaitkan untuk kembali menyarung jersi bekas pasukannya, Kedah Darul Aman FC.

Namun apa yang pasti, Rizal mengesahkan bahawa kontraknya bersama Sabah akan tamat dan akan berhijrah ke pasukan lain bagi saingan musim hadapan.

“Ada yang cakap saya balik ke Kedah. Gambar yang tular saya dan Baddrol (Bakhtiar) tu adalah mahu menubuhkan pasukan di DUN (Gurun) dia.

Advertisements

“Saya pun dah habis kontrak untuk tahun ini. Tapi saya belum tahu hala tuju saya,” jelas Rizal seperti dikongsikan Harimau Malaya di Tiktok.

Selepas meninggalkan Sabah kelak, Rizal memberi bayangan akan pulang ke semenanjung untuk menyertai pasukan baharu. Ini kerana orang tuanya sudah tidak sihat.

“Mungkin saya ke semenanjung. Sebab saya punya orang tua tidak sihat. Ada tawaran tiga ke empat pasukan, tapi saya belum sahkan lagi sebab saya fokus di Sabah dahulu,” kongsinya lagi.

Advertisements

Sebelum ini terdapat desas-desus yang mengaitkan Rizal untuk kembali menyarung jersi Sang Kenari. Pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad juga telah membuat satu ciapan di laman X beliau seolah-oleh menanti kepulangan seseorang ke bumi Darul Aman.

“Selamat kembali ke Darul Aman,” coret Hafizal ringkas di laman X beliau.

Musim ini merupakan musim yang begitu bermakna buat Rizal apabila dapat beraksi di Piala AFC bersama Sabah. Selain itu, beliau telah berjaya meledak dua gol dan menghasilkan 7 bantuan gol dalam 31 perlawanan bersama Sabah dalam kesemua kejohanan musim ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram