‘RM 446 Juta’ Darwin Nunez Mula Terbayar
Dunia
Liverpool FC
Advertisements

Penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez menutup mulut pengkritik apabila menjadi watak penting pasukan ketika mencatat kemenangan ke atas RB Leipzig dengan keputusan 5-0.

Pemain kelahiran Uruguay ini dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua nyata memberi impak segera kepada jentera serangan Jurgen Klopp menerusi keampuhan penyudahnya.

Nunez bergandingan dengan cukup baik bersama Mohamed Salah dan juga Luiz Diaz sekaligus memerangkap barisan pertahanan lawan pada perlawanan tersebut.

Advertisements

Gol pertama bintang berusia 23 tahun itu hadir menerusi sepakan penalti apabila rakan sepasukannya dijatuhkan dalam kotak penalti.

Tidak terhenti di situ, Nunez memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh barisan pertahanan lawan yang gagal mengeluarkan bola dengan baik.

Beliau memiliki ketenangan untuk membuat satu larian sebelum melepaskan rembatan ke arah kanan pintu gol Leipzig untuk gol ketiga Liverpool.

Advertisements

Bekas bintang muda Benfica terus meghukum kealpaan para pemain Leipzig yang tidak dapat keluar dari ‘pressing’ Liverpool dan menerima hantaran cantik dari Harvey Elliot untuk gol ketiga peribadinya bagi melengkapkan hatrik pada malam tersebut.

Nunez benar-benar mahu membalas kepercayaan Klopp apabila menjaringkan gol keempat sekaligus melengkapkan kemenangan bergaya 5-0.

Kini, para peminat Liverpool mula berpuas hati dengan prestasi pemain baharunya itu sebelum menjelang saingan musim baru.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram