RMJ Rasmikan JDT Direct Di Stadium Sultan Ibrahim
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Raja Muda Johor (RMJ), Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail berkenan merasmikan pembukaan kedai cenderahati rasmi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), JDT Direct Megastore.

Perasmian kedai cenderahati ini merupakan sebahagian daripada jadual JDT Fan Fest 2024 yang diadakan pada hari ini.

Pembukaan kedai cenderhati rasmi ini membuka peluang kepada ramai peminat Harimau Selatan untuk mendapatkan barangan rasmi pasukan itu termasuk jersi rasmi JDT.

Advertisements

Majlis perasmian JDT Direct Megastore turut disaksikan oleh Ketua Unit Komersial JDT, Kevin Ramalingam.

Tunku Iskandar kemudiannya diiringi Kevin untuk meninjau suasana sekitar JDT Direct Megastore termasuk melihat produk cenderahati yang dijual di situ.

Selain Tunku Iskandar, ayahanda baginda iaitu DYAM Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan meninjau keadaan JDT Direct Megastore.

Advertisements

Tunku Iskandar juga berkenan menerima jersi Harimau Selatan nombor 10 dengan nama RMJ diletakkan di bahagian belakang jersi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram