Rodri: Pemain Arsenal Tak Ada Mentaliti Juara
Eropah
Manchester City
Advertisements

Pemain tengah Manchester City, Rodri percaya salah satu faktor pasukan tersebut menjulang kejuaraan liga adalah kerana mentaliti juara yang tidak ada pada pemain Arsenal.

Rodri menjaringkan gol ketiga City untuk mengesahkan trofi Premier League kekal di Stadium Etihad buat 4 musim berturut-turut walaupun Arsenal berjaya menewaskan Everton dalam aksi terakhir liga.

Wartawan kemudian bertanya apakah yang bermain di fikiran Pep Guardiola dan para pemain City sehinggakan berjaya menjulang kejuaraan liga musim 2023/2024 pada hari terakhir perlawanan.

Advertisements

Tunjang utama Manchester City itu menganggap keputusan seri yang diraih Arsenal ketika berkunjung ke Stadium Etihad telah memberikan peluang untuk City memintas pasukan tersebut.

“Sejujurnya ia di sini, ia adalah mentaliti (sambil menunjukkan kepalanya). Ada ramai pemain hebat bermain di liga ini termasuk Arsenal.

Advertisements

“Arsenal mempamerkan aksi yang menakjubkan musim ini. Saya rasa perbezaannya adalah mentaliti. Ketika mereka (Arsenal) datang ke Etihad untuk menentang kami, saya nampak mereka tidak mahu mengalahkan kami.

“Mereka cuma mahu seri dan mentaliti kami tidak sebegitu, kami tak akan melakukan perkara yang sama. Kami merampas kejuaraan kerana Arsenal memberikan kami satu mata. Kami akan menang 7 atau 8 perlawanan terakhir walaupun ia sukar. Ini tentang mentaliti.

Advertisements

“Sewaktu menentang Tottenham kami tak pernah menang di gelanggang mereka. Bukan senang untuk mempunyai semangat sebegini tetapi setiap musim pengurus dan pemain sentiasa mencari cara untuk mengatasinya.

“Saya rasa saya banyak berkembang sejak saya bermain pada musim pertama untuk pasukan Manchester City.” ujar Rodri.

Advertisements

Pemain kelahiran Sepanyol itu merekodkan 8 gol serta 9 bantuan jaringan dalam 34 perlawanan liga buat Manchester City dan kini pasukan tersebut mempunyai satu lagi baki perlawanan menentang Manchester United untuk aksi akhir Piala FA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram