Rodrigo Holgado Nak Bersara Awal?
MakanBola
Malaysia NT

Penyerang warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado dilaporkan mahu bersara awal.

Tonggak berusia 30 tahun itu menyarung jersi pasukan kebangsaan ketika debut berdepan jaguh Asia Tenggara, Vietnam.

Beliau mempamerkan aksi cemerlang dan berjaya meraih debut impian selepas meledak satu gol di Bukit Jalil.

Khabar daripada media antarabangsa melaporkan bahawa Holgado berpotensi besar untuk bersara awal daripada kancah bola sepak.

“Rodrigo Holgado, yang digantung oleh FIFA sejak September kerana isu bersama pasukan kebangsaan Malaysia, sedang mempertimbangkan secara serius untuk bersara secara tetap daripada bola sepak profesional. 

“Penyerang itu masih mempunyai kontrak dengan Club América, tetapi tanpa gaji,” ujar laporan portal Colombia, Bombiro Quintero.

Berita ini juga sudah disiarkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam sekali gus menguatkan lagi berita Holgado bakal menggantung but.

Setakat ini, masih tiada jawapan rasmi daripada mulut Holgado atau kelabnya tentang situasi semasa pemain ini.