Roket Hancurkan Kaki, Yassine Bounou Ubat Derita Kanak-Kanak Palestine
Inspirasi
Yassine Bounou & Hani Abu Razeq
Advertisements

Tindakan penjaga gawang skuad kebangsaan Maghribi, Yassine Bounou yang menghubungi seorang kanak-kanak Palestine yang kehilangan kakinya telah mendapat pujian ramai.

Kanak-kanak lelaki tersebut merupakan Asif Abu Mahadi yang telah kehilangan kakinya disebabkan oleh serangan udara tentera Israel ketika bermain bola sepak.

Sebelum ini, Asif telah muncul di dalam video yang dimuat naik oleh wartawan Palestine, Hani Abu Rezaq di instagram miliknya dan telah tular sehingga mendapat satu juta tontonan kerana keinginannya untuk berjumpa pemain kegemarannya iaitu Yassine Bounou.

Advertisements

“Ya, saya mahu berjumpa dengan beliau (Yassine Bounou),” Jawab Asif apabila ditanya di dalam video tersebut

Beberapa hari yang lalu, impian anak muda dari kem pelarian Nuseirat itu telah tercapai apabila Hani Abu Rezaq memuatnaik video perbualan Asif dan Yassine Bounou menerusi panggilan video.

Asif kelihatan teruja dapat bertemu idolanya sehingga menitiskan air mata kegembiraan di akhir video dan .

Advertisements

Kini, Asif sedang dalam proses pemulihan untuk mendapatkan kaki palsu.

Rata-rata komen yang diberikan memuji tindakan prihatin penjaga gol kelab Al-Hilal itu dan mendoakan beliau dan Asif semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati.

Yassine Bounou merupakan pemain skuad kebangsaan Maghribi sejak 2013 dan merupakan watak penting yang membantu Maghribi menjadi negara dari benua Afrika yang pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022.

Advertisements

Pautan penuh: Bounou santuni kanak-kanak Palestine

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram