Rombakan Skuad Vietnam Kekang Malaysia
MakanBola
Malaysia NT

Vietnam dijangka mempertaruhkan beberapa muka baharu dalam misi melakar kememangan ke atas Malaysia.

Pasukan kendalian Kim Sang-sik kini menduduki tangga kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Tangga teratas kumpulan dikemudi oleh Malaysia dengan 15 mata dengan hanya tiga mata memisahkan antara kedua-dua pasukan.

Media Vietnam melaporkan bahawa pasukan ke-108 dunia itu bakal kehilangan sentuhan pertahanan kental, Bui Tien Dung dilaporkan mengalami kecederaan.

Situasi ini menyaksikan tonggak berusia 31 tahun itu bakal terlepas panggilan ke kem latihan pusat Vietnam sekali gus menyaksikan beliau tidak akan turun beraksi menentang Malaysia.

“Saya mengalami kecederaan lutut. Kecederaan ini telah menghantui saya sejak sekian lama. 

“Saya bersyukur kerana hanya perlu berehat dua bulan dan tidak perlu melakukan pembedahan,” katanya seperti yang dipetik Thetao247.com.

Namun begitu, Vietnam dijangka menerima tonik tambahan selepas penjaga gol berpengalaman, Patrik Le Giang bakal dinaturalisasikan oleh pasukan.

Hal ini menyaksikan tonggak berusia 34 tahun kelahiran Slovakia itu berpotensi untuk melakukan debutnya bertemu Malaysia sekiranya menerima panggilan bersama skuad Vietnam.

Sebelum ini, skuad Bintang Pahlawan Emas mempertaruhkan khidmat Nguyen Van Viet dan Dang Van Lam selaku antara pilihan utama pada posisi penjaga gol.

Aksi Vietnam dan Malaysia dijadual pada 31 Mac 2026 jam 8.00 malam di Stadium Thien Thruong, Nam Dinh.