Romel Morales Kembali Ke KL City?
Transfer
KL City/Johor Southern Tigers
Advertisements

Khabar angin mula bertiup melibatkan penyerang kebangsaan, Romel Morales bakal kembali ke pangkuan KL City musim hadapan.

Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, bahawa Romel Morales, Ryan dan Declan Lambert yang telah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal dipinjamkan semula ke skuad warga kota.

”Dan saya difahamkan juga, khabar angin bertebaran, walaupun difahamkan ada tiga pemain KL City yang sudah pun berhijrah ke pasukan lain. Saya difahamkan Romel (Morales) dan adik beradik Lambert (Ryan dan Declan) akan kembali ke KL City atas status pemain pinjaman,” katanya ketika segmen Keluar Masuk Pemain.

Advertisements

Untuk rekod, Romel Morales berhijrah ke Johor Darul Ta’zim daripada pasukan KL City setelah berkhidmat selama tiga musim bersama finalis Piala FA 2023 itu.

Namun, buat masa kini, hanya Declan Lambert sahaja yang sudah pasti kembali ke KL City manakala Ryan masih sedang dinilai oleh pihak kejurulatihan JDT.

Advertisements

Romel merupakan tunjang utama membantu KL City menjulang Piala Malaysia 2021 selain membawa pasukan layak ke final Piala AFC 2022 dan final Piala FA 2023.

Bersama KL City, Romel telah berjaya meledak 27 gol dan menghasilkan enam bantuan jaringan dalam 80 penampilan sejak 2021.

Advertisements

Ketajaman Morales berjaya memikat hati ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk dipanggil ke Piala Asia yang lalu, dan pastinya jaringan penyamaan ketika berdepan Korea Selatan menjadi detik yang diingati para peminat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram