Romel Morales Tawarkan Kualiti Penyudah Buat Harimau Malaya
Harimau Malaya
KL City FC
Advertisements

Pemain naturalisasi terbaru Malaysia, Romel Morales semakin hampir membuat penampilan pertama bersama pasukan Harimau Malaya.

Romel antara 26 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya sebagai persediaan terakhir untuk kejohanan Piala Asia bulan hadapan.

Penyerang KL City ini menjadi tunjang utama pasukan dibahagian serangan apabila menjaringkan 8 gol dan mencatat 2 bantuan jaringan dalam 20 perlawanan liga musim ini.

Advertisements

Dalam saingan Piala FA, Romel menjaringkan 2 gol dimana gol beliau membantu KL City menewaskan Sabah untuk mara ke separuh akhir.

Penyerang berusia 26 tahun ini juga kekal tajam dalam saingan Piala Malaysia apabila mencatat 4 gol dalam kempen Piala Malaysia.

KL City menamatkan saingan liga ditangga ke-7 musim ini namun kelab tersebut berjaya menjadi finalis Piala FA 2023.

Advertisements

Romel Morales berhijrah ke Malaysia pada tahun 2018 untuk menyertai pasukan PKNS. Kemudian pemain ini menyertai Melaka United pada tahun 2020 dan kemudian KL City pada tahun 2021.

Pemain ini dominan diposisi penyerang tengah namun turut mampu bermain dibahagian sayap kiri pasukan.

Romel kini telah melakukan lebih 60 penampilan sepanjang 3 musim bersama KL City dan menjaringkan 18 gol liga.

Advertisements

Kualiti penyudah Romel pastinya bakal menambah sengat serangan Harimau Malaya dan memberi lebih pilihan buat Kim Pan-gon diposisi penyerang tengah.

Ketika ini Malaysia hanya mempunyai Darren Lok selaku penyerang tulen dalam pasukan Harimau Malaya.

Kehadiran Romel Morales juga akan memberi persaingan sihat kepada posisi penyerang tengah Malaya serta menambah kualiti kedalaman pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram