Advertising
Roslin Hashim Sifatkan Keraguan Musuh Utama Pemain Malaysia
UltraSukan
Astro Arena
Sponsors

Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim menyifatkan keraguan sebagai musuh utama barisan pemain negara setiap kali beraksi di gelanggang.

Pandangan itu dinyatakan beliau apabila diminta mengulas pandangan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tentang kekuatan mental pemain negara.

Ad

Rexy melihat hal ini berlaku akibat ketiadaan keyakinan diri dalam kalangan pemain. Terbaru, isu ini membelenggu barisan pemain negara bila mengharungi Malaysia Open 2025.

Ad

Isu tersebut dilihat menghalang mereka daripada meraih kemenangan terutama dalam aksi-aksi penting.

Apabila diminta mengulas isu berkenaan, Roslin melihat isu ini kerap berlaku dan mempunyai kaitan dengan keyakinan pemain itu sendiri.

Ad

“Sudah semestinya. Keyakinan kita itu sekejap ada, sekejap tiada. Itu sebenarnya yang diperkatakan oleh Rexy (Mainaky). Itu yang dia nampak dan saya sendiri yang melihat itu pun sama,” katanya semasa menjadi tetamu program Channel 10 Malaysia.

Ad

“Saya bagi contoh Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. Memang betul mereka bertemu dengan pilihan utama kejohanan dan beregu nombor satu dunia.

Ad

“Pada satu ketika, mereka mendahului agak jauh. Tapi apabila pihak lawan berjaya mengejar, itu yang kita nampak kekuatan mental dan ragu-ragunya ada di situ. Itu maksud Rexy, mereka hilang fokus dan keyakinan.”

Meskipun beliau tidak tahu apa punca di sebalik isu ini, Roslin percaya hal ini mungkin berlaku disebabkan perubahan strategi yang digunakan pihak lawan.

Perubahan taktik yang digunakan pihak lawan dilihat menggugat rentak permainan pemain negara. Ini sekaligus menyukarkan mereka beradaptasi dengan perubahan yang dinyatakan.

“Cuma kalau kita lihat dari segi (permainan), mungkin yang berlaku ialah pihak lawan mengubah strategi permainan dan mereka mengekalkan rentak sama. Jadi, apabila mata demi mata dipungut pihak lawan, jadi, di situlah adanya tekanan dan keyakinan menurun,” ujarnya.

“Jadi, dalam istilah badminton, macam mana mereka nak atasi perubahan permainan itu. Bila nak mengatasi pihak lawan itu, mereka tak dapat. Jadi, di situlah terjadinya perasaan tiada keyakinan dan was-was.”

Selain pernah bergelar pemain nombor satu dunia, Roslin pernah meraih pingat emas Sukan SEA. Beliau juga menjadi sebahagian daripada pasukan negara yang muncul naib juara Thomas Cup edisi 1998 dan 2002.