Bekas penyerang kebangsaan, Rozaimi Abd Rahman meledak 5 gol dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Laeizo Rob FC.
Rozaimi Rahman beraksi bersama Tenang FC berjaya membenam pasukan tersebut tanpa belas kasihan dengan jaringan 13-0.
5 gol dijaringkan oleh beliau terhasil di separuh masa kedua bermula pada minit ke-54, 84, 70, 83 dan minit ke-87 permainan.
Berdasarkan pemerhatian di Facebook, beliau sertai Tenang FC sejak Julai yang lalu dan sudah lama beraksi dalam kesebelasan utama di setiap kejohanan dan perlawanan persahabatan.
Beliau merupakan watak penting buat pasukan Tenang FC.
Sebelum ini, kontrak bekas pemain Sabah ini ditamatkan awal oleh Kedah dan ini sekaligus menyaksikan beliau kini bebas beraksi mana-mana pasukan.
Pemain berusia 30 tahun ini pernah menempa nama sebagai penyerang paling berbisa sebelum ini dan mungkin kali ini beliau mampu kembalikan prestasi tersebut sekaligus dapat beraksi sebagai pemain profesional bola sepak semula.
Untuk melihat jaringan-jaringan yang dihasilkan, klik pautan Facebook milik Rozaimi Abd Rahman atau pasukan Offcial_TENANG.FC.