Pengurus Manchester United, Ruben Amorim kagum dengan persembahan berkualiti yang dipamerkan Sergio Aguero.
Pemain tengah Harimau Malaya itu menggalas peranan sebagai kapten ASEAN All-Stars menentang The Red Devils pada 28 Mei.
Meskipun dilabel pasukan bukan pilihan, itu bukan halangan buat ASEAN All-Stars mencipta kejutan dengan meraih kemenangan tipis 1-0.
Lebih menarik, United dilihat buntu melepasi bahagian tengah pihak lawan yang dikawal Aguero – satu perkara yang membuatkan Amorim kagum.
“Mereka beraksi dengan bagus dari segi pertahanan. Saya fikir Sergio Aguero seorang pemain yang bagus. Beliau mengawal jentera tengah dengan baik.
“Sesetengah daripada mereka merupakan pemain yang bagus. Ini sesuatu yang normal dan mereka berhak (mendapat kemenangan ini),” katanya kepada wartawan Stadium Astro, Michelle Lee.
United bakal meneruskan jelajah pasca-musim mereka dengan bergerak ke Hong Kong. Mereka dijadual bertemu Hong Kong pada 30 Mei.