Rudiger Sah Tinggalkan Chelsea, Sertai Real Madrid

rudiger 2 Rudiger Sah Tinggalkan Chelsea, Sertai Real Madrid
tonirudiger
Alif Syazani @SyazaniAlif
11:58pm 10/05/2022

Pemain pertahanan Chelsea, Toni Rudiger sah meninggalkan pasukannya dan akan sertai pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan kontrak 4 tahun iaitu sehingga 2026.

Pemain kebangsaan Jerman ini beraksi cemerlang sepanjang kariernya ketika bermulanya era kendalian jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel.

Beliau berjaya membantu Chelsea menjadi juara Liga Juara-Juara Eropah pada musim lalu dan merupakan salah seorang pemain terbaik pada musim tersebut.

Real Madrid berjaya mengambil peluang terhadap pasukan The Blues dan pemilik Chelsea, Roman Abramovich dikenakan sekatan menyebabkan gagal untuk mengikat pemain berusia 29 tahun ini bagi perjanjian baharu.

Pengumuman rasmi akan dibuat kelak. Kehadiran Rudiger ke Real Madrid akan memberi kesan besar buat Chelsea dan juga Real Madrid kerana beliau kini berada di prestasi kemuncak.