Latihan pasukan Liga Super, Kelantan FC mencuri tumpuan susulan permukaan rumput yang amat panjang.
Anak buah Choi Moon-sik kini dalam misi mempersiapkan pasukan dengan kehadiran beberapa muka baharu termasuklah kemasukan import berstatus elit ke Kota Bharu.
Namun begitu, terdapat beberapa keadaan yang kurang menyenangkan kerana rumput kelihatan begitu panjang.
Perkara ini telah pun mencuri perhatian para penyokong setia The Red Warriors yang jelas ‘sakit mata’ dengan keadaan ini.
“Tempat latihan kelab profesional = Janji ada padang sahaja.”
“Kenapa rumput sampai lutut tu,” komen Syahmi Ruhami yang kelihatan rungsing.
Sementara itu, para penyokong juga tetap memberikan semangat yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan mereka agar terus berjuang sebaik mungkin.
“Kembalikan zaman kegemilangan Kelantan.”
“Jalan terus,” ujar Anwar di ruangan komen pasukan Kelantan.
Para penyokong Kelantan juga dibekalkan dengan perkhabaran baharu apabila pemiliknya, Norizam Tukiman ada memberikan bayangan bahawa mereka bakal memilik pusat latihan baharu kelak.
Saingan Liga Super 2023 dijangka akan bermula pada 24 Februari ini dan pertemuan hangat JDT dan Terengganu bakal jadi tumpuan.