Russia Buru Kepakaran Lee Chong Wei
UltraSukan
Majlis Sukan Negara
Advertisements

Kepakaran yang dimiliki legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei telah menarik minat Russia.

Minat ini timbul selepas negara itu kagum dengan pencapaian yang dilakar barisan pemain badminton negara di peringkat antarabangsa termasuk Chong Wei.

Lantas, pada 16 Mei lalu, satu permintaan telah diajukan kepada Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, Profesor Dr Maszlee Malik.

Advertisements

Pada ketika itu, beliau menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa ke-15 “Russia-Dunia Islam: KazanForum 2024”.

Semasa berada di pusat media forum berkenaan, Maszlee diajukan permintaan dalam Bahasa Russia agar Chong Wei dapat melatih pemain-pemain badminton negara itu.

Advertisements

Selepas mendengar terjemahan permintaan itu dalam Bahasa Inggeris, beliau memaklumkan akan membawa permintaan itu untuk pengetahuan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Chong Wei.

Apabila bertemu dengan media Malaysia yang membuat liputan di forum berkenaan, Maszlee mengakui merasa bangga dan gembira bila mendengar permohonan berkenaan.

Advertisements

Permintaan ini timbul selepas Russia dibenarkan kembali bersaing di pentas badminton antarabangsa oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) pada penghujung Februari lalu.

Meskipun begitu, pemain-pemain Russia akan menggunakan label pemain neutral dan tidak dibenarkan menggunakan sebarang motif bendera atau simbol mewakili Russia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram