Ruventhiran Kagum Dengan Falsafah Tan Cheng Hoe Di Selangor
Dunia
selangorfc
Advertisements

Pemain baharu Selangor, V. Ruventhiran dilihat kagum dengan falsafah yang dibawa jurulatih Tan Cheng Hoe di Selangor.

Beliau menjelaskan barisan kejurulatihan banyak memberikan motivasi bagi mendapatkan keserasian diri untuk beraksi bersama pasukan Red Giant.

Pemain pertahanan Harima Malaya itu juga banyak menyatakan perbezaan semasa beliau bersama PJ City dan kini di bawah kendalian Cheng Hoe, Ruventhiran mengakui ianya lebih selesa.

Advertisements

“Tapi jurulatih seperti Cheng Hoe, Ramon Marcote dan Nidzam Jamil banyak membantu untuk kami lebih mudah menyesuaikan diri dengan cara bermain pasukan Selangor,” ujarnya.

 “Banyak beza ketika saya di PJ City di mana dekat sana lebih fokus untuk disiplin dalam aspek bertahan, tetapi di bawah Cheng Hoe, kami lebih selesa dengan bola dan itu adalah sesuatu yang saya inginkan untuk beraksi nanti”, katanya kepada MFL.

Difahamkan semasa temubual bersama Makanbola bulan lalu, Ruventhiran juga menzahirkan keterujaan dapat menjadi tonggak baru buat Selangor. Menurutnya beliau amat gembira dan bersemangat untuk kembali berbakti di negeri kelahirannya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram