Advertisement
Sa’ap Baharom Meledak, Bantu JDT Benam Pasukan Filipina
Asia Tenggara
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ubi muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Sa’ap Baharom berjaya membantu pasukannya, JDT menewaskan wakil Filipina, Apuesto Bueno di Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023.

Menurut perkongsian pemerhati bola sepak tempatan Juan Budiman di laman Twitter, penyerang muda itu berjaya meledak lima gol ketika JDT membenam pasukan dari Filipina itu.

Skuad muda Harimau Selatan berjaya menewaskan Apuesto Bueno, 12-0 dalam aksi peringkat kumpulan di kejohanan bawah 12 tahun.

Dalam perlawanan lain, Johor Darul Ta’zim turut mencatat kemenangan bergaya 4-1 berdepan pasukan NFDP B.

Kejohanan ini merupakan pentas Supermokh pertama buat Sa’ap selepas beliau menyertai Akademi JDT.

Anak Orang Asli itu pernah tular sebelum ini selepas persembahan memukaunya di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia berjaya menambat hati pasukan scouting Johor Darul Ta’zim.