Sabah Anjur Piala Sabah Maju Jaya
Persahabatan
Sabah FC
Advertisements

Kejohanan pra-musim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) bakal menjadi persiapan akhir Sabah FC sebelum saingan Liga Super musim 2024/25 bermula.

Kejohanan yang bakal berlangsung dari 29 April hingga 5 Mei ini bakal menampilkan Sabah, Kuching City FC, KL City FC dan wakil Singapura, Hougang United.

Menurut pengurus skuad Sabah, Mohd Joh Wid, penganjuran SMJ Cup dilihat medan terbaik bagi semua pasukan menguji kekuatan dan strategi masing-masing sebelum saingan liga bermula.

Advertisements

“Kejohanan ini bakal menguji kekuatan serta strategi pasukan masing-masing sebelum menghadapi saingan Liga Malaysia 2024/2025 yang akan bermula pada 10 Mei depan.

“Sedafiat Sdn.Bhd dan Anika Desiran Sdn.Bhd merupakan penaja kejohanan empat penjuru Piala SMJ tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Kehadiran Hougang United dalam kejohanan ini bakal menjanjikan cabaran buat anak buah Datuk Ong Kim Swee.

Advertisements

Ini kerana pasukan Singapore Premier League (SPL) itu pernah bersaing bersama Sabah dalam peringkat kumpulan Piala AFC 2023/24. Mohd Joh melihat pasukan itu mampu memberi cabaran berbeza dalam SMJ Cup.

“Penyertaan pasukan luar negara juga dilihat boleh menguji pasukan Sabah FC selepas mereka bersama-sama terlibat dalam kejohanan AFC tahun lalu,” tambahnya.

Peminat bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan SMJ Cup boleh mendapatkan tiket serendah RM5. Mohd Joh melihat kejohanan ini mampu menyemarakkan minat penyokong apabila saingan liga bermula nanti.

Advertisements

“Harga tiket berbumbung adalah RM15 bagi dewasa manakala RM10 kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Bagi tiket tidak berbumbung adalah RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak 12 tahun ke bawah,” ujarnya.

Tiket perlawanan akan dijual kepada penyokong bermula pada hari ini. Tiket hanya boleh didapati secara dalam talian di platform TicketHotline dengan menekan pautan yang disediakan di bawah.

SMJ Cup membuka tirainya pada 29 April dengan perlawanan pertama KL City menentang Kuching City pada jam 4.00 petang. Ini disusuli dengan perlawanan Sabah menentang Hougang United pada jam 9.00 malam.

Advertisements

1 Mei pula menyaksikan Kuching City menentang Hougang United pada jam 4.00 petang dan Sabah menentang KL City pada jam 9.00 malam.

Manakala aksi pada 3 Mei pula menyaksikan Hougang United menentang KL City pada jam 4.00 petang. Sementara Sabah menentang Kuching City pada jam 9.00 malam hari yang sama.

Penentuan juara dan tempat ketiga kejohanan bakal berlangsung pada 5 Mei ini. Kesemua perlawanan bakal berlangsung di Stadium Likas.

Pemenang SMJ Cup bakal membawa hadiah berupa piala dan wang tunai RM15,000. Sementara naib juara menerima hadiah RM10,000, tempat ketiga (RM5,000) dan tempat keempat (RM3,000).

Klik Di Sini: Tiket Perlawanan SMJ Cup

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram