Sabah Berjaya Melepasi Sasaran Liga Super Yang Ditetapkan
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam bukanlah sesuatu yang diinginkan kerana Sabah FC sudah pasti mahu merebut tiket ke Piala AFC musim hadapan.

Namun perlu diingatkan, walaupun Sabah menduduki tangga ketiga Liga Super, mereka sebenarnya sudah mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum liga bermula pada Februari lalu.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee dalam kenyataan beliau pada Majlis Pelancaran Kit Pasukan Sabah FC Februari lalu, beliau mensasarkan Sabah mengakhiri kedudukan liga di dalam kelompok lima pasukan teratas.

Advertisements

“Seperti saya katakan daripada awal dahulu, objektif ataupun sasaran kita adalah untuk mendapatkan kedudukan lima tempat teratas.

“Tetapi bagi setiap pemain, setiap jurulatih, setiap pegawai yang terlibat, sudah tentu kita inginkan lebih,” katanya.

Kini misi Sabah diteruskan di Piala Malaysia dan Sabah dijangka tidak berdepan kesulitan untuk melepasi pusingan 16 terakhir apabila dijadualkan bertemu UITM FC. Sabah dalam kenyataan di laman Facebook mereka turut berharap para penyokong berasa bangga dengan pencapaian Sabah dalam liga musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram