Sabah Berpeluang Lawan Brunei
Asia Tenggara
Sabah FC
Advertisements

Sabah FC terus sibuk mengatur persiapan mengharungi Piala AFC 2023-2024 dengan menerima jemputan aksi persahabatan dengan pasukan kebangsaan Brunei.

Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) dalam satu hantaran di media sosial rasmi mereka semalam. Hal ini turut dilaporkan oleh ASEAN Football hari ini.

Perlawanan tersebut dijangka diadakan pada 6 September 2023 di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah.

Advertisements

Perlawanan ini amat membantu jurulatih skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee mengatur persiapan anak-anak buahnya sebelum kempen Piala AFC bermula pada bulan sama.

Ramai menjangkakan skuad Sabah yang akan diturunkan menentang skuad Tebuan masih lagi skuad yang ampuh biarpun tanpa kelibat beberapa tonggak.

Advertisements

Saddil Ramdani dijangka menyertai kem Timnas Indonesia. Manakala lima tonggak Sabah termasuk Darren Lok dan Stuart Wilkin pula bakal menyertai kem Harimau Malaya.

Antara pemain yang dijangka menjadi tumpuan ialah peledak utama skuad Badak, Ramon Machado, kapten Park Tae-soo dan penjaga gol utama Khairul Fahmi Che Mat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram