Menjelang aksi jelajah Sabah FC di Brunei pada September ini, pengurusan kelab telah mengumumkan nama sebuah firma korporat ulung sebagai penaja jelajah.
Hari ini, pengurusan skuad Badak mengumumkan Royal Brunei Airlines sebagai penaja rasmi jelajah mereka di negara itu dari 5 hingga 7 September ini.
“Sabah FC dengan bangganya mengumumkan Royal Brunei Airlines sebagai penaja kami untuk jelajah Brunei yang akan berlangsung tidak lama lagi. Tak sabar menantikannya!” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan hari ini.
Di media sosial, ramai teruja dengan pengumuman ini. Ini kerana ramai melihat kehadiran Royal Brunei Airlines mampu memberi nilai tambah dari segi komersial kepada pasukan Sabah.
Ini secara tidak langsung mampu memperkenalkan pasukan itu di negara Brunei Darussalam sekaligus menambah lagi bilangan penyokong yang mengikuti skuad Badak.
Selain Royal Brunei Airlines, Zirbad Resources Sdn Bhd turut diumumkan sebagai penaja kedua jelajah Sabah di Brunei pada September ini.