Sabah Hilang Empat Tonggak Hadapi Kuching City
Piala Malaysia
Sabah FC
Advertisements

Menjelang aksi Piala Malaysia berdepan Kuching City FC Sabtu ini, pasukan Sabah FC menerima tamparan hebat apabila mereka kini mengalami krisis kecederaan yang melanda beberapa pemain utama mereka.

Sehingga kini, empat pemain mereka masih lagi mengalami kecederaan dan berkemungkinan besar tidak dapat diturunkan. Empat pemain yang dimaksudkan ialah Saddil Ramdani, Miguel Cifiuentes, Park Tae-su dan Darren Lok.

Bagi pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee, beliau sudah mempunyai pelan tindakan bagi menggantikan pemain-pemain yang cedera itu dengan pemain-pemain lain yang ada di dalam skuad Sabah.

Advertisements

“Mereka mengalami kecederaan hampir dua minggu selepas perlawanan dengan Kuching City di sini (Kota Kinabalu) tempohari.

“Darren dan Park masih cedera selepas perlawanan menentang Penang FC, namun sudah tentu kita ada pemain lain bersiap sedia untuk menggalas tugas dengan sempurna nanti,” katanya dalam satu sidang media.

Kim Swee bagaimanapun boleh menarik nafas lega dengan peningkatan prestasi pemain-pemainnya yang semakin kurang dibolosi sejak kebelakangan ini. Ini kerana, setakat ini Sabah sudah pun dibolosi 25 gol dalam saingan Liga Super.

Advertisements

“Ini merupakan salah satu kelemahan kita. Jika dilihat pada pusingan kedua selepas perlawanan menentang Kuching City kita berjaya memperbaiki daripada dibolosi melebihi daripada satu gol.

“Apa yang penting kita akan terus memperbaiki kelemahan sedia ada di mana Sabah FC cuba tidak dibolosi banyak gol pada setiap perlawanan,” katanya lagi.

Sabah akan bertandang ke Stadium Negeri Sarawak bagi aksi 16 terakhir Piala Malaysia menentang Kuching City 5 Ogos nanti. Selepas aksi tersebut, Sabah bakal meneruskan saingan Liga Super dengan melayan kunjungan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas pada 9 Ogos

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram