Ketua jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha menyifatkan pasukan Sabah kini berada pada satu tahap yang mampu menyaingi kekuatan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Beliau melihat pasukan yang dibimbing oleh Dato’ Ong Kim Swee berjaya menampilkan persembahan yang amat baik tatkala membenam cabaran pasukannya dengan keputusan 3-1.
Katanya, para penyokong sudah tentu menanti aksi antara pasukan Sabah dan JDT.
“Bagi saya hanya Sabah FC mampu bersaing dengan JDT. Ia sudah berada pada tahap itu dan sudah tentu pertemuan JDT dengan Sabah FC nanti sesuatu yang menarik.”
“Berbanding Selangor, Kedah, Terengganu, Pahang dan lain-lain saya fikir Sabah sekarang pada tahap teratas (top level),” katanya kepada Arena Metro.
Namun begitu, Trucha berasa kecewa kerana Kelantan United masih tidak berjaya mengutip 3 mata pertama musim ini setelah tumpas 1-0 ke atas Selangor tempoh hari.
Skuad Sang Badak menewaskan Kelantan United 3-1 hasil jaringan Darren Lok, Park Taesu dan Telmo Castanheira manakala sepakan percuma Indra Putra memberikan gol saguhati untuk pasukan pelawat pada minit ke-92.