Sabah Lancar Jersi Unik Penuh Sejarah
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Selepas menggunakan warna merah dan putih-biru untuk jersi home dan away mereka, Sabah FC memilih warna berbeza untuk jersi ketiga mereka musim ini. Bagi mengenang sejarah lama skuad Badak, warna hijau dipilih sebagai warna jersi ketiga.

Video pelancaran jersi ini turut menggunakan khidmat personaliti televisyen terkenal, Farish Aziz bagi menjelaskan pemilihan warna tersebut.

Warna hijau dipilih bukan saja sebagai perlambangan pembentukan Malaysia membabitkan Negeri Di Bawah Bayu itu dengan Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu pada 1963.

Advertisements

Malah, ia juga merupakan warna jersi yang pernah digunakan skuad Badak bertahun-tahun sebelumnya.

Menariknya, semua ini terhasil menerusi kerjasama antara Sabah FC dengan Lotto dan pengeluar pakaian Pestle & Mortar Clothing (PMC).

Advertisements

Selain jersi ketiga buatan Lotto, pengurusan Badak turut memperkenalkan pelbagai pakaian menarik yang dihasilkan PMC seperti baju dan jaket.

Yang pasti, pengenalan jersi baru Sabah FC ini sudah mendapat maklum balas positif daripada penyokong. Mereka melihat ia bukan saja kelihatan menarik tetapi juga maknanya mempunyai kaitan dengan sejarah negeri Sabah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram