Sabah Mahu Ong Kim Swee Kekal
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Pengurusan skuad Sabah FC berharap Datuk Ong Kim Swee terus kekal mengemudi pasukan itu untuk saingan Liga Super musim 2024-2025.

Sebelum ini, timbul khabar angin yang mengaitkan bekas pengendali Harimau Malaya itu dengan jawatan Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Jawatan tersebut kali terakhir disandang bekas pengarah akademi FC Twente Enschede, Dennis Bekking dari 2019 hingga 2021.

Advertisements

Apabila ditanya tentang hal tersebut oleh Nadi Arena, pengurus Sabah, Mohd. Joh Wid memaklumkan isu Kim Swee meninggalkan Sabah tidak pernah disebut dalam perbincangan.

“Kita tidak pernah membincangkan sebarang (usaha Kim Swee) meninggalkan Sabah FC. Malah, kita berbincang tentang penganjuran kejohanan empat penjuru antara beberapa kelab yang sudah bersetuju dan kita jemput.

“Dan seterusnya, memperkuatkan pasukan untuk musim hadapan. Itu yang kita bincangkan. Tidak pernah disentuh berkenaan keputusan Datuk Ong dan perbincangan tentang jawatan-jawatan lain dalam Liga Malaysia mahupun arena bola sepak Malaysia,” katanya.

Advertisements

Impak Kim Swee bersama Sabah jelas kelihatan apabila menerajui pasukan itu meraih tempat ketiga Liga Super untuk musim 2022 dan 2023.

Selain itu, beliau juga turut membawa skuad Badak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC musim 2023-2024 sebelum dikecewakan wakil Australia, Macarthur FC.

Atas sebab itu, Joh berharap Kim Swee dapat kekal bersama Sabah dan terus melakar kecemerlangan bersama pasukan itu.

Advertisements

“Seperti yang kita mahukan, beliau masih lagi dalam kontrak. Kita mengikat (khidmat) beliau untuk beberapa tahun dan itulah yang kita mahukan.

“Sudah tentu kami berpuas hati dengan khidmatnya. Sekiranya kontraknya berakhir pada penghujung musim, ya sudah tentu kita akan pertimbangkan semula berdasarkan pencapaian (pasukan) dan Datuk Ong sendiri.

“Bagi pihak kami, pihak kami sangat berpuas hati dengan prestasi beliau sepanjang membawa Sabah FC,” tambahnya.

Advertisements

Sabah kini sibuk mengatur persiapan untuk musim baru Liga Super yang bakal bermula pada bulan hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram