Sabah Rancang Bina Stadium Baru Khas Bola Sepak Kapasiti 20,000
MakanBola
reddit/r/CanadianPL (Gambar Hiasan)
Sponsors

Sabah FC dijangka bakal memiliki sebuah stadium baru berkapasiti 15 hingga ke 20 ribu penonton.

Perkara itu diutarakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pakej Bola In The City di Hilton Kinabalu pada semalam.

Ad

Menurut Marzuki, kerangka stadium ini sebenarnya sudah mula dibuat ketika Sabah dikemudi bekas Ketua Pegawai Eksekutif yang kini menjadi Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia iaitu YB Khairul Firdaus Akbar Khan.

Ad

“Sejak YB Firdaus menjadi CEO, kita sudah minta arkitek untuk design dan kita sudah ada pelan. Tapi itu bergantung kepada kewangan kerana sumber kewangan kita terhad.”

“Bagi saya setakat ini memadai untuk Sabah, 15 ke 20 ribu kapisiti stadium. Stadium yang padat dan betul-betul stadium bolasepak. Saya pergi ke Fulham, bila kita tengok stadium disana tak mewah manapun tapi memang keperluannya cukup untuk bolasepak dan mereka boleh menjana pendapatan.”

Ad

Stadium baru Sabah itu dijangka dibina di Kota Kinabalu, diatas sebidang tanah berkeluasan sekitar 9 ekar.

Ad

“Memang ada tanah disitu (Kota Kinabalu) untuk dibangunkan sebanyak 9 ekar namun ia bergantung kepada kelulusan kerajaan negeri, kerana tanah tersebut merupakan tanah Kompleks Sukan Likas, tanah sukan untuk komuniti.”

Ad

“Bagaimanapun, kita kena tunggu AGM (Annual Grand Meeting) Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) bulan depan, kita tak tahu samaada mereka mahu jual kepada Sabah FC atau mereka serapkan kepada GLC kerajaan. Kita bergantung kepada halatuju SAFA.”

Ketika ditanya berkenaan kos pembinaan stadium, Marzuki menjelaskan bahawa Sabah berhasrat untuk membina sebuah stadium dengan kos keseluruhan tidak mencecah 50 juta ringgit Malaysia.

“Sekitar 50 juta sahaja, untuk membangunkan stadium berkapasiti kecil, tak banyak kos lebih-lebih lagi jika kita pakai steel structure dia tak perlu konkrit. Bagi saya yang penting semuanya lengkap, kemudahan fasiliti, ada gimnasium dan pejabat.”

Dalam pada itu, Stadium Likas yang bakal digunakan di kejohanan Piala Konfedarasi Bolasepak Asia (AFC) 2023 kelak telah mendapat peruntukan untuk melakukan penyelenggaraan dan penambah baikkan demi memastikan keadaan stadium dalam keadaan yang baik.

“Perancangannya memang ada untuk Sabah mempunyai stadium sendiri. Akan tetapi pada masa yang sama kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan untuk Sabah FC menambah baik Stadium Likas, lebih-lebih lagi kita beraksi di Piala AFC, jadi banyak keperluan yang perlu dilaksanakan.”

Sabah dan Terengganu merupakan dua kelab dari Malaysia yang layak untuk berentap dalam kejohanan kedua berprestij di Asia tersebut. Kempen Piala AFC 2023 dijangka bermula pada September 2023 hingga Disember 2023.