Sabah Sedia Gegar Arena Futsal Malaysia
UltraSukan
Sabah Futsal
Advertisements

Pasukan Sabah FA hari ini telah memperkenalkan jersi dan senarai pemain yang bakal beraksi dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) musim 2024.

Dalam sebuah majlis di Crystal Crown, Petaling Jaya hari ini, Sabah memaklumkan bahawa skuad kendalian Patt Sriwijit bakal diperkuat dengan kombinasi tempatan dan beberapa bintang import.

Ketua Jurulatih kelahiran Thailand, Patt Sriwijit menyifatkan pasukan bimbingan beliau mempunyai peluang untuk memberikan cabaran di samping pasukan-pasukan ternama.

Advertisements

“Kami berada di sini untuk bersaing dengan nama-nama besar di Malaysia dan saya percaya dengan bakat dan dedikasi barisan pemain yang ada mampu memberikan cabaran yang hebat,” kata pengendali yang pernah menjulang kejuaraan Liga Futsal Thailand sebanyak dua kali pada 2020 dan 2021 bersama PTT Bluewave Chonburi.

Menurut Sabah FA, selain menggunakan kombinasi pemain tempatan baru dan berpengalaman, pasukan Sabah juga turut bakal diperkuat dengan kehadiran pemain import Felipe Leite yang merupakan bekas pemain bintang dalam saingan futsal di Jepun dan Thailand. Pemain kelahiran Brazil itu pernah menjaringkan sebanyak lebih 36 gol dalam lebih 70 penampilan bersama pasukan gergasi futsal Jepun, Vassagey Oita.

Bagi memperkuatkan cabaran musim in, pasukan Sabah FA turut mendabat sokongan padu daripada barisan penaja pasukan yang terdiri daripada, RZFT, Bangkrirk, H3, JW Premier, Khauf Engineering, Red Sand Marine, PhysioDoc dan Alty Orthopedic Hospital.

Advertisements

Untuk makluman, musim ini merupakan musim kedua penyertaan pasukan Sabah FA dalam saingan MPFL sejak mula pertandingan ini diperkenalkan pada 2019.

Pasukan Sabah FA juga bakal memulakan kempen saingan MPFL menentang Selangor FC pada 18 Februari 2024 di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram