Sabah Sisihkan Rizal Ghazali Berdepan PDRM
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Pasukan Sabah FC hari ini turun tanpa kelibat pemain pertahanan, Rizal Ghazali untuk aksi LS14 Liga Super 2023.

Beberapa jam sebelum sepak mula antara Sabah menentang PDRM hari ini, telah tular satu berita yang mengaitkan pemain berusia 30 tahun itu. Kekasih Rizal Ghazali yang dikenali sebagai Dr Hana Rose telah memuat naik satu hantaran di platform media sosial, mengadu telah disakiti teman lelakinya iaitu Rizal.

Dr Hana mendakwa Rizal telah mengasari dirinya di sebuah hotel yang terletak di Petaling Jaya dan beberapa kesan lebam akibat tindakan luar kawalan teman lelakinya itu turut dimuat naik di laman Instagram.

Advertisements

Difahamkan Sabah mengambil pendekatan untuk tidak menyenaraikan Rizal Ghazali dalam pertembungan hari bagi menghormati kesukaran isu luar padang yang sedang dialaminya ketika ini.

https://twitter.com/syafiqfreman/status/1666780519462469634?s=46&t=HGEzW3G-yPq7epcyuMVIEg

Anak buah kendalian Ong Kim Swee turun berentap menentang Sang Saka Biru dengan misi membawa pulang tiga mata ke Likas untuk melonjak naik ke kelompok empat terbaik dalam liga.

Advertisements

Sabah memburu kemenangan kelapan dalam liga sementara PDRM mencari kemenangan keenam dalam aksi di Stadium MBPJ jam 9 malam hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram