Liga Super
Advertisements

Sabah FC hari ini telah memperkenalkan pakej pelancongan baharu iaitu Bola In The City – A Trip Of Excitement dengan kerjasama Tourism Malaysia dan lapan agensi pelancongan di Sabah.

Advertisements

Majlis pelancaran pakej “Bola In The City With Sabah FC – A Trip of Excitement!” ini telah berlangsung di Hilton Kota Kinabalu hari ini dan telah disempurnakan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Turut hadir sama ialah Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara [Menanggung Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)] Tourism Malaysia; Puan Noredah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Tourism Board; Encik Ahmad Marzuki Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC; Encik Ibrahim Othman, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Sabah dan Puan Trecey J. Tojuka, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Sabah.

Advertisements

Pakej ini ditawarkan pada tanda harga RM 330 untuk seorang dan setiap pembeli berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan para pemain Sabah FC.

Membawa elemen sukan dan pelancongan, pakej ini turut memberi peluang untuk menyaksikan sesi latihan pasukan utama Sabah di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Pada hari perlawanan pula, mereka berpeluang untuk menonton perlawanan Liga Super bersama barisan pemain legenda bola sepak Sabah seperti Hassan Sani, Matlan Marjan, Burhan Ajui, Jelius Ating dan ramai lagi.

Advertisements

Pakej baharu ini merupakan kesinambungan kepada pakej sukan pelancongan “Bola
In The City” edisi pertama yang pernah dilancarkan pada Oktober 2022 dan ia telah menerima sambutan yang amat menggalakkan khususnya daripada peminat bola sepak.

Pembeli bakal merasai pengalaman bermakna di Sabah apabila diberi peluang melawat beberapa destinasi atau aktiviti pelancongan di Sabah seperti Pula Manukan, Rumah Terbalik, Tamparuli, Monsopiad Heritage Village, Penampang; Tagal Tinopikon Walk, Penampang; bagi menikmati makanan laut di Restoran Terapung Kg. Nelayan atau beberapa restoran makanan tradisi di Kota Kinabalu atau aktiviti urutan kaki.

Senarai agensi pelancongan yang terlibat ialah:

i) Dynamic Tours Travel & Incentive Sdn. Bhd.
üi) Borneo Excursions (AHSB Rentacar Sdn Bhd)
iii) Inno Travel & Tour Services Sdn. Bhd.
iv) Kinabalu Heritage Tours & Car Rental Sdn. Bhd.
V) Borneo Trails Tours & Travel Sdn. Bhd.
vi) Nadi Borneo Tours Sdn. Bhd.
vi) Sensational Holidays (Borneo) Sdn. Bhd.
vil) Discovery Tours (Sabah) Sdn. Bhd.

Kerjasama strategik Sabah FC dan Tourism Malaysia Sabah ini merupakan satu langkah positif dalam merancakkan lagi industri bola sepak tempatan.

Kepada yang berminat, pakej ini boleh dibeli melalui 8 agensi pelancongan yang terlibat. Layari laman web Tourism Malaysia Sabah atau terus ke platform media sosial Tourism Sabah dan agensi-agensi pelancongan yang terlibat.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram