Sabah Terima Suntikan 7 Angka Musim Baharu
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Sabah FC terima suntikan dana tujuh angka bagi kancah Liga Super Malaysia 2024/2025.

Skuad The Rhinos menerima sebanyak RM5 Juta daripada penaja utama pasukan iaitu Jetama Sdn Bhd.

Dalam satu kenyataan pada semalam, Sabah menyatakan bahawa Jetama Sdn Bhd telah menyalurkan tajaan bernilai RM5 juta sekali gus menjadi penaja rasmi kepada pasukan Sabah FC bagi mengharungi kempen Liga Malaysia 2024/2025.

Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Shahelmey Yahya berkata, pihaknya berharap selepas ini beberapa syarikat korporat akan bersedia tampil menyalurkan sumbangan bagi membantu sumber kewangan pasukan untuk musim 2024/2025 ini.

“Kita harapkan Sabah FC akan terus fokus dalam menyiapkan sebuah pasukan yang bersiap sedia untuk menghadapi persaingan musim ini sekali gus dapat menunjukkan prestasi terbaik mereka seperti tahun lalu.

Advertisements

“Sebenarnya Jetama pada tahun-tahun sebelumnya juga sering membantu menyalurkan sumbangan kewangan kepada Sabah FC dan SAFA dalam usaha untuk membangunkan prestasi sukan bola sepak di negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Shahelmy yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya berkata, selepas ini beliau berharap agar lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan bersama-sama membantu meningkatkan pembangunan bola sepak di negeri ini.

Advertisements

“Sumbangan yang disalurkan ini akan dapat memperoleh sedikit kelonggaran cukai kepada syarikat tersebut sebagai satu usaha dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Kita ucapkan terima kasih kepada anak syarikat Jetama iaitu Jetama Water yang juga menandatangani perjanjian untuk membekalkan air minuman kepada Sabah FC sepanjang musim ini,” jelas Shahelmy.

Advertisements

Pada musim lalu, Sawit Kinabalu telah menjadi penaja utama kepada Sabah FC. Kini skuad kendalian Ong Kim Swee terima penaja baharu iaitu Jetama Sdn Bhd untuk kempen Liga Super Malaysia bagi tahun 2024/2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram