Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Pasukan tangga ketiga Liga Super 2023, Sabah FC menerim khabar yang cukup memberangsangkan selepas bakal wang agihan mencecah RM2 Juta.

Advertisements

The Rhinos berjaya mengekalkan aksi konsisten pada musim ini selepas menamatkan saingan di tangga ketiga selain melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFC Zon Asean.

Anak didik Ong Kim Swee bakal bertemu gergasi Australia, Macarthur sekaligus bakal menjadi ujian yang cukup mencabar buat wakil tunggal Malaysia di Asia.

Advertisements

Pasukan di bawah bayu itu bagaimanapun menghadapi beberapa ujian berat sejak kebelakangan ini namun berjaya mengekalkan khidmat sebahagian besar pemain utama pasukan bagi musim 2024/25.

Sabah bagaimanapun boleh menarik sedikit nafas lega selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah memperuntukkan wang agihan sejajar dengan prestasi cemerlang musim 2023.

Advertisements

“Bagi tahun 2023, MFL menyediakan mekanisme agihan yang akan melihat semua pasukan mengetahui dengan jelas peningkatan pulangan mereka berdasarkan kedudukan di tangga Liga.”

“MFL percaya pengagihan mengikut merit ini adalah langkah yang jelas bagi mendorong setiap kelab untuk berusaha mencapai prestasi terbaik sehingga akhir musim kerana setiap kedudukan di dalam Liga mempunyai nilai ganjaran.”

Agihan musim ini juga membolehkan enam kelab terbaik dalam liga peluang untuk membawa pulang lebih RM1 juta.

Berdasarkan jadual sistem pengagihan yang dikeluarkan oleh MFL, Sabah bakal memperoleh agihan rata RM500 Ribu dan agihan merit sebanyak RM1 Juta selaku tempat ke-3 Liga Super dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM1.5 Juta.

Ini juga bakal menjadi suntikan motivasi buat Sabah untuk kekal memberikan yang terbaik di atas padang.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram