Sabah Umum Ketibaan Belfort Kervensfils
MakanBola
SABAH FC

Pasukan Sabah mengumumkan ketibaan pemain import baharu, Belfort Kervensfils pada Khamis.

Perpindahan pemain berusia 34 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Badak menerusi satu video di platform laman media sosial milik Sabah.

“Selamat Datang ke Rumah Badak, Belfort!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebelum menyertai Sabah, anak jati Haiti itu beraksi selama 1 musim untuk kelab Lalitpur City yang beraksi di Liga Nepal pada musim 2024/2025.

Sabah merupakan kelab kedua beliau di kancah Liga Malaysia kerana Belfort Kervensfils pernah menyertai pasukan Kelantan FC pada musim 2021/2022.

Ini merupakan rekrut baharu pasukan Sabah selepas kelab tersebut mengumumkan ketibaan pemain import Thai-Spanish, Ernesto Phumipha pada 21 Januari lalu.