Advertisement
Sabah vs PDRM: Skuad Muda Sabah Tewas Mengejut Kepada PDRM
MFL
MakanBola
PDRM FC

Skuad muda Sabah seakan tidak percaya apabila mereka tunduk 1-0 kepada PDRM FC dalam aksi Piala MFL hari ini.

The Cops tidak menunggu lama membuka jaringan menerusi pemain pertahanan Abdul Hadi Hasbollah pada minit ke-21.

Tersentak, skuad Badak cuba bangkit memburu gol penyamaan tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, ubi muda Sabah yang diperkuat beberapa pemain senior seperti Farhan Ruslan, Rawilson Batuil dan Irfan Zakaria cuba mendapatkan gol penyamaan.

Tetapi Sang Saka Biru kental bertahan bagi memastikan kemenangan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini memastikan Sabah FC kekal di tangga ketujuh Kumpulan A Piala MFL dengan sembilan mata.

Sementara PDRM FC pula terus memperkukuh kedudukan kedua dalam Kumpulan A dengan 28 mata, dua mata mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT) FC II.