SAC 2024: Penalti Bantu Balestier Khalsa Tundukkan Young Elephants
Asia Tenggara
Selangor FC
Advertisements

Kelab Singapura, Balestier Khalsa membuka kempen Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan kelab Laos, Young Elephants.

Kedua-dua pasukan mahu beraksi dengan nota positif di Stadium MBPJ lebih-lebih lagi dengan format baru pertandingan yang diperkenalkan dalam SAC 2024.

Selain meraih tiga mata apabila meraih kemenangan, pasukan juga berpeluang meraih satu mata tambahan bila menjaringkan gol.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Hala Tigers dan The Elephants berhati-hati mengatur rentak sambil mencari peluang mendapatkan kelebihan gol awal.

Balestier Khalsa yang dikemudi bekas pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter de Roo kemudiannya mendominasi perlawanan.

Advertisements

Tekanan yang dikenakan Hala Tigers ke atas pihak lawan berhasil apabila kapten kelab Laos itu, Manolom Phetphakdy tersilap memberi bola.

Bola tersebut pantas direbut penyerang Jepun, Kodai Tanaka sebelum beliau melarikan bola ke arah gol Young Elephants. Ini memaksa penjaga gol The Elephants, Solasak Thilavong menjatuhkan Tanaka dalam kotak penalti pada minit ke-35.

Advertisements

Pengadil, Harris Sharuddin tidak teragak-agak menganugerahkan penalti kepada Balestier Khalsa dan melayangkan kad merah kepada Solasak.

Penalti tersebut mudah disempurnakan Tanaka menewaskan pengganti Solasak, Anoulak Vilaphonh pada minit ke-42. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Hala Tigers terus memburu gol tambahan untuk menambah kelebihan satu gol mereka.

Malangnya, barisan pertahanan The Elephants diketuai Kittisak Phomvongsa kerap menggagalkan gerakan serangan yang cuba direncanakan Balestier Khalsa.

Ini mendorong de Roo membuat beberapa pertukaran pemain dengan tujuan menambah bisa di bahagian serangan.

Young Elephants hampir menyamakan kedudukan menerusi Kydavone Souvanny selepas berjaya melepasi hadangan penjaga gol Balestier Khalsa, Hafiz Ahmad pada minit ke-79.

Walau bagaimanapun, Hafiz berjaya kembali ke kotak penaltinya sebelum merampas kembali bola daripada Kydavone.

Kedua-dua pasukan terus bersaing sengit di atas padang tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Balestier Khalsa mendahului carta SAC 2024 dengan empat mata selepas meraih satu kemenangan dan satu gol.

Selepas ini, giliran Selangor FC dan Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) beraksi dalam perlawanan kedua SAC 2024. Perlawanan ini bakal berlangsung pada jam 9.00 malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram