Saddil Ramdani Anggap Sejarah Lagenda Indonesia Di Selangor Tak Gentarkan Sabah
Liga Super
MakanBola
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani tidak memandang rendah kemampuan yang dimiliki pasukan Selangor di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Gergasi Merah Kuning kini sedang berada dalam momentum terbaik dan bakal berdepan tentangan skuad The Rhinos pada aksi Liga Super yang bakal berlangsung di Stadium Likas malam ini.

Advertisements

Ketika ditemui pada sesi latihan pasukan Sabah semalam, Saddil menjelaskan pasukan Sabah telah melakukan persiapan yang rapi dan yakin rakan sepasukannya bakal turun dengan sepenuh jiwa di hadapan penyokong sendiri.

“Saya secara peribadi melihat baik dari pasukan Selangor mahupun seluruh pasukan Liga Malaysia sanga luar biasa, sangat bagus, kompetetif dan semua bergantung kepada pemain itu sendiri, ujar Saddil.

Advertisements

Meskipun beberapa lagenda Indonesia seperti Andik Vermansyah, Bambang Pamungkas dan Elie Aibou pernah menyarung jersi Selangor, Saddil menganggap kini adalah gilirannya pula untuk membuktikan kemampuan sebenar dan membanggakan warga Indonesia.

“Senior dan lagenda saya pernah bermain di Selangor, pasukan yang sangat besar di Liga Malaysia ini. Namun saya percaya kepada pasukan kami, jurulatih, pengurusan dan seluruh pemain yang bermain di Sabah. Saya yakin kami mampu bekerja keras apa lagi bermain di laman sendiri itu adalah sisi positif.”

Advertisements

“Jadi saya berharap kami mampu menampilkan yang terbaik dan memberikan tiga mata buat Sabah,” jelas Saddil kepada MakanBola.

“Saya sangat bangga dengan pasukan ini, kami memiliki skuad yang sangat luar biasa dan berpengaruh di Liga Malaysia. Semua pemain memiliki teknik dan kualiti yang sangat baik, baik daripada pemain senior kita, ada Baddrol Bakhtiar, Amri Yahya, ada Stuart, Darren Lok dan juga saya kira di bangku simpana juga tidak kurang hebatnya, mereka sangat bagus. Inilah yang saya mahukan, kita harus berjuang bersama untuk pasukan ini.”

Advertisements

Sabah bakal berdepan Selangor untuk aksi kesepuluh saingan Liga Super 2023. Ong Kim Swee diramal bakal menurunkan skuad terbaik untuk memburu misi tuga mata sekaligus berpeluang memperbaiki kedudukan dan berada di tempat ketiga dalam liga.

News Comments Account