Saddil Ramdani Beri Bayangan Tinggalkan Sabah
Dunia
Sabah FC / IG Saddilramdani
Advertisements

Pertemuan dan perpisahan itu sememangnya lumrah kehidupan. Sebantar tadi, pemain import Sabah FC, Saddil Ramdani telah mengungkapkan kata-kata di laman instagram beliau yang memberi bayangan bahawa beliau bakal meninggalkan pasukan itu dalam masa terdekat.

Saddil mengungkapkan kata-kata tersebut dengan turut memuat naik gambar beliau bersama pasukan Sabah dan juga pengendali pasukan Sabah, Datuk Ong Kim Swee. Sebelum ini, Saddil dikatakan menerima undangan dari kelab divisyen 2 Austria.

“Gaya mengajarmu membuat kami ingin tinggal lebih lama. Namun waktu harus membuat perjumpaan kita berakhir dalam perpisahan. Namamu akan selalu kami kenang, guru,” luah Saddil di laman instagram beliau.

Advertisements

Menjengah di ruangan komen, ramai pengikut instagram Saddil seperti merestui penghijrahan Saddil ke kelab Eropah dengan harapan Saddil dapat meningkatkan lagi kualiti permainan seterusnya membawa kepada kecemerlangan pasukan kebangsaan Indonesia.

Kontrak Saddil bersama Sabah dikhabarkan akan tamat pada penghujung bulan ini dan jika Saddil memilih untuk meninggalkan Sabah, ini bermakna, perlawanan Piala Malaysia menentang JDT semalam merupakan aksi terakhir beliau bersama Sabah.

Namun begitu, masih belum ada pengumuman rasmi dari Saddil mahupun Sabah FC mengenai kontrak pemain sayap lincah Indonesia ini. Berita perpindahan Saddil sudah bertebaran di internet sejak beberapa bulan yang lalu namun Saddil tetap fokus untuk berikan yang terbaik buat Sabah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram