Saddil Ramdani Teruja Bertemu Sri Pahang Semula
Liga Super
Malaysian Football League (MFL)
Advertisements

Dengan Sri Pahang halangan buat Sabah meraih kemenangan keempat malam ini, Saddil Ramdani tahu keupayaan mereka terutama kapten Nor Azam Abdul Azih. Tetapi pada masa sama, ini juga peluang buat pemain sayap Indonesia itu menambah koleksi golnya musim ini.

Saddil ketika ini berkongsi kedudukan penjaring terbanyak bersama Arif Aiman Hanapi, Fernando Forestieri dan Endrick dos Santos (Johor Darul Ta’zim) dengan tiga gol. Tetapi dengan Nor Azam mengepalai skuad Tok Gajah, anak-anak buah Fandi Ahmad itu mampu menyaingi Sabah malam ini.

Nama Nor Azam bukanlah asing buat Saddil kerana dia merupakan rakan sepasukannya semasa berada di Sri Pahang pada 2019. Justeru, pemain sayap Indonesia itu mengetahui kemampuan rakan lamanya itu.

Advertisements

“Ini sesuatu yang luar biasa juga untuk saya lawan Pahang sebab saya pernah bermain bersama mereka pada musim 2019 dan kali ini saya rasa mereka semakin kuat dan aggresif.

“Saya rasa secara keseluruhan mereka mempunyai pemain yang bagus dan penyerang import berkualiti apatah lagi turut dapat sokongan dari Azam di bahagian tengah.

Advertisements

“Saya kenal dia serta pemain lain dan mereka memang bagus tetapi di sini saya ingin tegaskan kami juga percaya dengan kemampuan kami sendiri di Sabah.

“Bukan saya seorang, tetapi kita ada ramai juga pemain yang pernah bersama skuad kebangsaan dan saya rasa kita akan dapat memberikan terbaik pada Ahad ini,” katanya.

Advertisements

Di sebalik kedudukannya sebagai penjaring terbanyak Sabah ketika ini, bagi Saddil, itu bukan matlamatnya. Matlamatnya ialah memastikan dia mampu beraksi sebaik mungkin bagi membolehkan pasukan melakar kemenangan.

“Secara peribadi saya tidak meletakkan sasaran untuk mencipta gol dan itu adalah rezeki untuk saya dan pasukan.

Advertisements

“Yang lebih penting adalah bagaimana untuk menjadikan pasukan ini terus kuat dan berjuang bersama-sama untuk melakukan apa yang diinginkan jurulatih.

“Jadi saya tidak ada sasaran peribadi secara individu tetapi hanya ada sasaran kepada pasukan sahaja untuk menyaksikan Sabah sekurang-kurangnya dapat menjulang trofi,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram